Bonus Dah Masuk, Ini Cara Untuk Anda Urus Kewangan Anda Dengan Mudah

21 Jan 2023 • 11:35 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Korang, pernah dengar formula kewangan 50/30/20 atau 70/20/10?

Bonus Dah Masuk, Ini Cara Untuk Anda Urus Kewangan Anda Dengan Mudah. Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kuching semalam telah mengumumkan pemberian khas untuk negeri Sabah dan Sarawak akan dinaikkan kepada RM 300 juta.

Jadi dalam hal ini, anda kenalah urus kewangan anda dengan bijak seperti mengutamakan keperluan berbanding kehendak.

Bonus Dah Masuk, Ini Cara Untuk Anda Urus Kewangan Anda Dengan Mudah

Pendapatan anda dibahagikan kepada tiga- Keperluan, Kehendak, Simpanan/ Pelaburan

Formula 50/30/20 ialah garis panduan yang bagus untuk orang yang baru memulakan belanjawan. Daripadanya, anda boleh melihat dengan mudah sama ada anda mempunyai masalah pendapatan, masalah perbelanjaan, atau kedua-duanya.

Untuk formula 50/30/20, anda membahagikan gaji atau pendapatan anda kepada 3 kategori sahaja – 50% untuk Keperluan, 30% untuk Kehendak, 20% untuk Simpanan/Pelaburan. Cara-cara ini turut digunakan untuk formula 70/20/10.

image is not available

Lagi senang, korang boleh layari laman sesawang ini

Peruntukkan separuh daripada pendapatan untuk keperluan asas seperti makanan, bil utiliti, penyelenggaraan rumah dan lain-lain, manakala 30% pendapatan boleh digunakan untuk berbelanja seperti hiburan, percutian dan sebagainya. 20% lagi jadikan sebagai simpanan, boleh juga gunakan untuk pelaburan serta dana untuk kecemasan.

Lagi mudah, anda boleh layari laman sesawang >> https://meyadam.com/bajet-kalkulator/

image is not available

Di laman ini anda hanya perlu anggaran gaji anda, dan ia tolong kirakan berapa yang patut anda simpan, wang untuk keperluan dan kemahuan. Di sini, min letakkan gaji bersih RM2500 sebagai contoh. Kalkulator ini terus beri kiraan mengikut formula 50/30/20 dan 70/20/10.

Jadi, anda bolehlah pilih ikut kehendak masing-masing untuk gunakan formula yang mana satu. Mudah kan?

image is not available

Pemberian Khas Untuk Sabah Sarawak Dinaikkan Dari RM 16 Juta Ke RM 300 Juta. Baca lebih lanjut di bawah: