Boon Siew Honda Lancarkan Honda Vario 125 Street Baharu

LocalCars
10 Apr 2026 • 11:51 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Boon Siew Honda Lancarkan Honda Vario 125 Street Baharu

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (“BSH” atau “Syarikat”) hari ini memperkenalkan Honda Vario 125 Street baharu, menandakan kemunculan sulungnya di Malaysia.

Model ini dipratonton secara eksklusif kepada pihak media melalui sebuah pop-up store khas di REXKL, memperkenalkan pendekatan baharu mobiliti urban dengan gabungan reka bentuk berani berinspirasikan gaya jalanan dan kepraktisan harian.

Sebagai pengukuhan kepada portfolio skuter automatik Boon Siew Honda, Vario 125 Street memperkukuh kehadiran Syarikat dalam segmen skuter bandar melalui varian unik yang direka untuk tunggangan yakin di kawasan urban.

image is not available

Ini Era Vario Aku

Acara pop-up ini mencerminkan budaya dan tema Vario 125 Street, dengan adaptasi elemen reka bentuk jalanan, bahasa dan gaya hidup yang disesuaikan dengan citarasa generasi muda, selari dengan fungsi, reka bentuk dan prestasi model baharu ini.

Acara ini turut menampilkan muzik tempatan yang dimainkan oleh DJ tempatan, kopi percuma tanpa had, paparan lampu yang menarik, Vario 125 yang diubah suai serta kolaborasi eksklusif bersama artis tempatan. Pop-up “Ini Era Vario Aku” ini diadakan secara jemputan khas sahaja pada 9 April 2026.

Ia dibuka kepada orang awam pada Jumaat dan Sabtu, 10 dan 11 April 2026, dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

image is not available

Kolaborasi istimewa bersama Katun, ilustrator grafiti

Katun, ilustrator grafiti tempatan yang telah mengharumkan nama Malaysia melalui karya seni untuk jenama tempatan dan antarabangsa, turut menyumbang sentuhan kreatif pada set penutup (cover set) rekaan khas Vario 125 Street. Set eksklusif ini dipamerkan sepanjang acara sebagai simbol ekspresi gaya hidup anak muda masa kini yang cool dan berbudaya.

50 pengunjung pertama yang mendaftar berpeluang memenangi sama ada T-Shirt eksklusif Katun atau pelekat rekaan Katun.

image is not available

Mengenai Vario 125 Street

Direka untuk menonjol di persekitaran bandar, Vario 125 Street baharu tampil dengan gaya unik, termasuk handlebar terbuka (naked handlebar) dan meter kelajuan digital berasingan yang memberi pengalaman tunggangan lebih selesa, diinspirasikan daripada skuter gaya pengembaraan.

Model ini mengekalkan identiti hadapan berbentuk V ikonik Honda, kini diperbaharui dengan penampilan lebih sporty dan progresif. Ia turut dilengkapi lampu LED penuh untuk lampu hadapan, belakang dan isyarat, bagi meningkatkan keterlihatan dalam pelbagai keadaan tunggangan.

Keunikan Vario 125 Street juga terletak pada keseluruhan reka bentuknya termasuk rim yang sepadan dengan warna cover set, menjadikan skuter ini tampil lebih muda, fun dan bergaya.

image is not available

Prestasi Vario 125 Street

Skuter ini dikuasakan enjin 125cc penyejukan cecair dengan teknologi Enhanced Smart Power (eSP), menawarkan keseimbangan antara prestasi responsif dan kecekapan bahan api. Direka untuk kegunaan bandar dan gaya hidup aktif, kenderaan cekap tenaga (EEV) ini dengan Idling Stop System (ISS) menghasilkan 8.5 kW pada 8,500 rpm dan 11.9 Nm tork pada 5,000 rpm, sesuai untuk tunggangan santai bersama rakan serta kegunaan harian.

image is not available

Pengalaman Tunggangan Tanpa Remeh

Sebagai skuter yang menyeronokkan dan bergaya, Vario 125 Street hadir dengan teknologi yang memudahkan rutin harian penunggang. Dengan sistem Honda Smart Key, ia menawarkan fungsi tanpa kunci serta akses mudah ke ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 18 liter. Prestasi lancar enjin eSP dipadankan dengan sistem brek gabungan (Combi Brake) dan kunci brek parkir untuk meningkatkan keyakinan penunggang.

image is not available

Warna, Harga dan Ketersediaan

Honda Vario 125 Street baharu ditawarkan dalam dua pilihan warna:

Purple & White

image is not available

Kedua-dua warna ini boleh didapati di semua pengedar Honda Impian X dan pengedar sah bermula Mei 2026 pada harga RM7,468.

Harga yang dinyatakan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Boon Siew Honda turut menawarkan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000 km, yang mana terdahulu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau kunjungi bilik pameran Honda Impian X terdekat. Pelanggan juga boleh menghubungi 1-800-88-3993 atau emel ke enquiry@bswhonda.com.my.