Boost Bank Menawarkan Ciri Akaun Simpanan Dan “Tabung Simpanan” Pada Versi Alpha – Kad Debit Akan Menyusul

TechnologyDigital
15 Jan 2024 • 3:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Boost Bank hari ini telah memulakan ujian alpha untuk perkhidmatan perbankan digital mereka. Selari dengannya juga, dua ciri utama pada aplikasi perbankan tersebut didedahkan, iaitu kebolehan untuk membuka akaun simpanan – disamping turut menetapkan tabung simpanan mengikut objektif seseorang pengguna.

image is not available

Disamping itu, Boost Bank turut menyatakan kelak mereka akan memperkenalkan kad debit untuk para pengguna dalam memudahkan pengeluaran wang atau pembayaran di kedai secara fizikal.

Buat masa ini, versi alpha ditawarkan secara terhad berdasarkan jemputan sahaja. Pengguna yang berminat boleh ke halaman rasmi Boost Bank dan melakukan pendaftaran minat dalam mengujinya.