Boost Bank Turut Menambah Sokongan Untuk Google Wallet – Bank Digital Pertama Yang Menyokongnya

TechnologyDigital
3 Jan 2025 • 3:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama-sama pengenalan sokongan Google Wallet untuk pengguna Alliance Bank Malaysia, pihak Google turut mengemaskini halaman sokongan Google Wallet hari ini, memperlihatkan telah menambah sokongan untuk pengguna Boost Bank. Ini sekaligus menjadikan Boost Bank sebagai bank pertama yang menyokong Google Wallet – mendahului bank-bank digital lain.

image is not available

Melalui sokongan ini, pengguna Boost Bank boleh menambah kad debit Mastercard mereka ke Google Wallet, dan seterusnya menggunakannya ketika melakukan pembayaran di kedai. Google Wallet menggunakan sokongan NFC pada telefon pintar, dimana selepas pautkan kad ke Google Wallet, pengguna boleh lakukan pembayaran di kedai dengan menyentuh telefon ke terminal pembayaran sambil membuka aplikasi Google Wallet.

Langkah ini memudahkan lagi ke arah kehidupan nirtunai tanpa dompet.

Bagi anda yang menggunakan Boost Bank, boleh menambah kad anda ke Google Wallet hari ini. Selain Boost Bank, bank lain yang turut disokong adalah Alliance Bank, AmBank, Bank Muamalat, CIMB Bank, Hong Leong Bank, HSBC Bank, Maybank, Public Bank, RHB Bank dan juga Standard Chartered Bank.

image is not available