Borak Foto Episod 2 - Kamera atau telefon pintar, mana lebih baik?

Digital
20 Jun 2022 • 2:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
(Paling kiri) Aktivis fotografi yang juga pentadbir laman web jurugambar.com dan laman Facebook kumpulan, Komuniti Fotografi Malaysia, A. Safir Ghani dan Ketua Unit Visual Petra News, Mohd. Hazli Hassan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Ledakan media sosial ketika ini telah menyebabkan penggunaan telefon pintar semakin meluas. 

Peningkatan ciri-ciri menarik telefon pintar sehingga tidak tercapai dek fikiran telah menyebabkan ada jurufoto yang menggunakan telefon pintar untuk menghasilkan foto dan video hebat. 

Malah ada pengarah sinematografi menggunakan telefon pintar untuk merakamkan filem dan ada yang lebih ekstrem menggunakan format menegak untuk filem mereka berbanding melintang. 

Borak Foto kali ini menjemput tetamu seorang aktivis fotografi yang juga pentadbir laman web jurugambar.com dan laman Facebook kumpulan, Komuniti Fotografi Malaysia, A. Safir Ghani untuk berborak mengenai perbezaan penggunaan kamera dan telefon pintar.

Audio siar Borak Foto ini dihos dan diterbitkan oleh Ketua Unit Visual Petra News, Mohd. Hazli Hassan atau lebih dikenali sebagai Bobo manakala kejuteraan audio dilakukan oleh Ethan Phoon.

image is not available
Gambar oleh Sairien Nafis