Borak Foto Episod 5 - Bustamam Berjaya 'Jinakkan' 4 Perdana Menteri Dengan Tangan

11 Jul 2022 • 8:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Bustamam Mokhtar - Gambar oleh Syeda Imran

Membaca tajuk sahaja pasti ramai akan tertanya-tanya apa yang dah terjadi dan apa pula kena-mengena dengan episod kelima Borak Foto - Podio kali ini.

Minggu ini Borak Foto akan berborak dengan legenda pencahayaan di dalam fotografi, Bustamam Mokhtar yang juga pemilik White Studio.

Menariknya, sepanjang kerjaya Bustamam, beliau telah menghasilkan imej fotografi bersama model tempatan dan luar negara, selebriti terkemuka tanah air, orang kenamaan termasuk beberapa Perdana Menteri dari Tun Dr. Mahathir Mohamad sehinggalah ke Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pernah mendalami ilmu fotografi di negara matahari terbit, Jepun dan Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Bustamam turut berborak mengenai kesukaannya membina prop sendiri tanpa menggunakan khidmat tukang kayu.

Walaupun hanya menggunakan satu lampu, Bustamam mampu menghasilkan imej-imej menarik dan unik. Dengarkan tip-tip menarik dari beliau.

image is not available
Walaupun hanya menggunakan satu lampu, Bustamam (kiri) mampu menghasilkan imej-imej menarik dan unik. Dengarkan tip-tip menarik dari beliau - Gambar oleh Syeda Imran

Audio siar Borak Foto ini dihos dan diterbitkan oleh Ketua Unit Visual Petra News, Mohd. Hazli Hassan atau lebih dikenali sebagai Bobo manakala kejuruteraan audio dilakukan oleh Ethan Phoon. – Getaran, 11 Julai 2022

View Original Article