Borak Foto Episod 9 - Lepasan Fotografi IKBN Kuala Langat Setanding Siswazah Universiti

22 Aug 2022 • 5:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mohd Hatim Mazlan (kanan) dan Hamzuri Abdul Hamid, dua tenaga pengajar kemahiran berpengalaman dari IKBN Kuala Langat - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Orang ramai agak skeptikal terhadap lepasan institut latihan belia seolah-olah mereka tidak mempunyai pengalaman dan kemampuan setaraf pelajar bidang sama lepasan universiti. 

Namun, semua itu hanyalah telahan semata-mata disebabkan pelajar lepasan institut latihan belia juga dilihat mampu berada setaraf dengan pelajar universiti. 

Lebih spesifik, pelajar lepasan bidang fotografi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat mungkin mempunyai kelebihan berbanding pelajar universiti ekoran modul pembelajaran yang bersifat people-centric berbanding ilmiah semata-mata. 

Malah pelajar bidang fotografi IKBN Kuala Langat juga diberi banyak latihan berbentuk praktikal berbanding kelas ilmiah.

image is not available
Pendekatan modul 'people-centric' menghasilkan lepasan fotografi IKBN berkaliber dan menjadi rebutan industri - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Borak Foto kali ini berpeluang menjemput dua tenaga pengajar kemahiran bidang fotografi dari IKBN Kuala Langat, Mohd Hatim Mazlan dan Hamzuri Abdul Hamid untuk berkongsi kisah kejayaan pasukan mereka melahirkan ramai jurufoto berkaliber. 

Audio siar Borak Foto ini dihos dan diterbitkan oleh Ketua Unit Visual Petra News, Mohd. Hazli Hassan (Bobo) manakala kejuruteraan audio dilakukan oleh Ethan Phoon. - Getaran, 22 Ogos 2022

 

Senarai semua audio siar Borak Foto: