Borak Foto: ‘Jangan Tanya, Shoot Dulu’ - Salli Matsuda

2 Oct 2022 • 1:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Salliza Salleh atau mesra dikenali sebagai Matsuda Mashimaru - Gambar oleh Noreeza Hashim

Menjadi seorang jurufoto wanita dalam profesion yang dipenuhi majoritinya golongan lelaki mungkin agak mencabar namun itu tidak melemahkan semangat Salliza Salleh atau mesra dikenali sebagai Matsuda Mashimaru.

Bagi bekas ahli kewangan yang kini mempunyai perniagaannya sendiri tetap meneruskan minat di dalam fotografi terutama fotografi kembara walaupun berada di dalam kelompok dominasi lelaki.

Bagi Salli yang sudah menjelajah sebanyak 21 negara, mereka yang berada di luar hobi ini pasti akan memikirkan kesusahan wanita untuk mengembara tetapi bagi Salli tidak.

image is not available
Salli menceritakan pengalaman beliau sebagai seorang jurufoto wanita mengembara dalam menghasilkan imej-imej yang menarik dan unik

Dia yang mengamalkan prinsip minimalis semasa mengembara tidak merasakan kesusahan ketika berada di negara asing kerana padanya sebagai seorang pemimpi, dia akan mencuba sehabis baik untuk merealisasikan mimpinya.

Malah katanya, wanita mempunyai kelebihan ketika merakamkan foto yang lebih diterima oleh subjek.

Ikuti Borak Foto dengan Salli yang menceritakan pengalaman beliau sebagai seorang jurufoto wanita mengembara dalam menghasilkan imej-imej yang menarik dan unik.

Audio siar Borak Foto ini dihos dan diterbitkan oleh Mohd. Hazli Hassan (Bobo) manakala kejuruteraan audio dilakukan oleh Ethan Phoon. – Gerataran, 2 Oktober 2020

 

Senarai semua audio siar Borak Foto:

View Original Article