
Ini baru dikatakan semangat sukan positif yang semua perlu contohi!
Borneo Bersatu, Penyokong Sabah Sarawak Sukma 2024 Nyanyi Bersama Lagu ‘Bekikis Bulu Betis’. Pada SUKMA Sarawak XXI 2024 di Stadium Muhibah, Bintulu, tercipta satu detik perpaduan luar biasa antara Sabah dan Sarawak. Pasukan wanita Sabah berjaya meraih pingat emas dalam acara sepak takraw wanita setelah mengalahkan pasukan Sarawak dalam perlawanan terakhir liga sepusingan Sukma 2024 hari ini.
Menariknya, meskipun bertanding di gelanggang yang sama, penyokong kedua-dua pasukan turut berganding bahu menyanyikan lagu terkenal Iban “Berkikis Bulu Betis” bersama-sama.

Persaudaraan antara Sabah dan Sarawak tetap teguh
Situasi ini menggambarkan bahawa walaupun terdapat persaingan, semangat persaudaraan antara Sabah dan Sarawak tetap teguh!
Hubungan antara dua negeri di Borneo ini sering disamakan dengan hubungan adik-beradik. Persaingan dalam sukan tidak meretakkan hubungan ini, malah memperkukuh ikatan yang telah lama terjalin.

Lagu “Berkikis Bulu Betis” menjadi simbol keharmonian
Perpaduan yang dipamerkan di SUKMA ini juga mencerminkan budaya Borneo yang menitikberatkan nilai kekeluargaan. Lagu “Berkikis Bulu Betis” menjadi simbol keharmonian dan kebersamaan melampaui keputusan perlawanan.
Secara keseluruhannya, kemenangan pasukan Sabah di SUKMA bukan hanya satu kejayaan sukan, tetapi juga lambang perpaduan Borneo yang kukuh, mengukuhkan lagi hubungan akrab yang telah sekian lama terjalin.
