Borneo Cultures Museum Tawar Tiket Masuk Percuma Pada 31 Disember Ini

16 Dec 2024 • 2:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sempena Ambang Tahun Baru di Borneo Cultures Museum – Masuk percuma untuk semua

Borneo Cultures Museum Tawar Tiket Masuk Percuma Pada 31 Disember Ini. Bagi mengakhiri tahun 2024 dengan lebih bermakna, Borneo Cultures Museum menawarkan kemasukan percuma kepada orang ramai pada 31 Disember 2024 (Selasa) sempena Ambang Tahun Baru 2025.

Muzium ini akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 4.45 petang, memberi peluang kepada pengunjung untuk menerokai khazanah budaya dan sejarah Borneo tanpa sebarang bayaran.

image is not available
Borneo Cultures Museum Tawar Tiket Masuk Percuma Pada 31 Disember Ini. Sumber foto: Facebook

Antara tarikan utama di muzium ini adalah:

  • Pameran budaya dan sejarah Borneo yang merangkumi aspek kehidupan, seni, dan warisan masyarakat tempatan.
  • Reka bentuk seni bina unik yang sesuai untuk pengunjung yang gemar merakam gambar kenang-kenangan.
  • Ruang pameran interaktif yang sesuai untuk seisi keluarga, menjadikannya destinasi ideal untuk lawatan bersama anak-anak.

Pengunjung berpeluang mendalami sejarah dan budaya tempatan dalam suasana yang kondusif dan mendidik, sekali gus menambahkan pemahaman tentang kepelbagaian warisan Borneo.

Maklumat acara:

  • Tarikh: 31 Disember 2024 (Selasa)
  • Masa: 9.00 pagi – 4.45 petang
  • Lokasi: Borneo Cultures Museum, Kuching, Sarawak

Jangan lepaskan peluang ini untuk menyelami warisan Borneo dan mengakhiri tahun dengan aktiviti yang berfaedah. Semua lapisan masyarakat dijemput hadir bagi memeriahkan inisiatif ini.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai Borneo Cultures Museum: