Borneo Lab+ perkasa komuniti luar bandar

9 May 2024 • 3:51 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jeremy S Zabala

Kota Kinabalu: PTT Exploration and Production Public Company Limited (PTTEP) Malaysia, melalui Borneo Lab+ yang baru dilancarkan sedang merancang program untuk meningkatkan kehidupan komuniti terpinggir di Sabah.

Pengurus Negara PTTEP Padsakorn Suwanruji berkata program tiga tahun itu, yang dijalankan bersama Malaysian Relief Agency (MRA) itu merangkumi dua projek utama di bawah naungannya iaitu Urban Farming Sandbox (Sufarms) dan program Kinabalu Art Boutique.

Sufarms menekankan untuk mendidik masyarakat mengenai amalan pertanian mampan dan penyelesaian boleh diperbaharui melalui bengkel atau latihan yang mendalam.

Beliau berkata ia akan membolehkan sukarelawan meraih pengalaman secara langsung mengenai kaedah pengeluaran hijau seperti pertanian hidroponik dan pada masa sama memperoleh pandangan praktikal mengenai penyelesaian boleh diperbaharui.

View Original Article