Borneo miliki pusat timbang tara paling canggih di Malaysia

19 Jan 2024 • 1:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pusat Timbang Tara dan Pengantaraan Antarabangsa Borneo (Bicam) bakal menjadi pusat paling canggih di Malaysia bagi penyelesaian pertikaian lebih pantas dan cekap.

Pusat itu kini dilengkapi dengan bilik pendengarannya yang serba baharu dengan teknologi terkini, menjadikannya yang paling canggih di Malaysia.

Kemudahan canggih ini dibangunkan dengan kerjasama syarikat transkripsi Scribe Synergy Sdn Bhd (SCRIBE) termasuk kemudahan suara-ke-teks masa nyata, persidangan video lancar, liputan kamera berbilang sudut, rakaman berkualiti tinggi dan pengendalian dokumen interaktif.

Pengerusinya Tan Sri David Wong berkata, Bicam turut menawarkan sistem pemfailan maya sepenuhnya, membolehkan penyerahan dokumen dan bukti dalam talian dari mana-mana sahaja di dunia.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Pesara ketua hakim Sabah dan Sarawak itu berkata ia akan menghapuskan keperluan untuk dokumentasi fizikal dan menjadikan penyelesaian pertikaian lebih mudah.

“Bicam komited untuk menyediakan pengalaman penyelesaian pertikaian yang terbaik. Bilik pendengaran baharu kami dan sistem pemfailan maya hanyalah contoh terkini bagaimana kami menggunakan teknologi untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan dan kebolehaksesan bagi semua orang terbabit,” kata Wong.

Dengan tumpuannya kepada inovasi dan kemudahan, beliau berkata, Bicam bersedia untuk menjadi pusat timbang tara dan pengantaraan terkemuka di Malaysia dan rantau ini.

Beliau berkata, ia bukan sahaja membantu perniagaan dan individu yang ingin menyelesaikan pertikaian, tetapi juga seluruh wilayah Borneo, kerana ia mampu menarik pelaburan asing dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article