
Kota Kinabalu: Edisi ke-30 Cabaran Off-Road Antarabangsa Borneo Safari dilepaskan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai di hadapan bangunan STB di sini pada pagi Ahad.
Acara itu yang kembali selepas dua tahun tidak diadakan akibat pandemik, menarik 470 penyertaan kenderaan lasak yang sudah diubah suai dan lebih daripada 1,000 peserta dari seluruh Malaysia, Filipina dan Brunei.
Mereka dijangka akan memandu melalui Tuaran dan melalui jalan balak lama di kawasan Kota Belud dalam tempoh lapan hari akan datang.
Joniston berkata sambutan membe-rangsangkan, khususnya dari negara jiran menunjukkan bahawa aktiviti pengem-baraan luar di Sabah semakin popular.
Beliau percaya acara yang dianjurkan oleh Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah itu memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan sektor pelancongan Sabah.
“Kami di Pelancongan Sabah melihat ini sebagai sebahagian daripada usaha bersepadu untuk menarik lebih ramai pelancong. Kami berharap semua peserta akan mengambil peluang ini untuk meneroka keindahan Sabah dan berkongsi pengalaman mereka dengan seluruh dunia.
“Saya yakin melalui laporan dan publisiti semua orang, ia akan membantu melonjakkan industri pelancongan negeri kembali seperti sebelum pandemik,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah, Faez Nordin berkata peserta cabaran ‘off-road’ selama lapan hari itu akan melalui sembilan kampung terpencil.
Mereka akan berhubung dengan masyarakat luar bandar melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat seperti kem perubatan, antara lain.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Noredah Othman, Pengarah Pelancongan Malaysia Sabah, Ednie Rahma Ab Rahim dan wakil daripada semua penaja utama.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
