Borong 40 buku surah Yasin untuk majlis doa selamat

LocalSales & Promo
28 Jan 2025 • 12:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pengunjung meneliti buku kanak-kanak yang dijual di Jualan Gudang Karangkraf 2025. (Gambar kecil: Maisarah)

image is not available
Pengunjung teruja melihat buku-buku pada Jualan Gudang Karangkraf 2025.

image is not available
Pengunjung melihat naskhah al-Quran yang dijual di Jualan Gudang Karangkraf 2025.

SHAH ALAM - Tawaran harga serendah RM3 bagi senaskah surah Yasin di Jualan Gudang Karangkraf 2025 memudahkan orang ramai untuk membeli secara borong bagi tujuan bersedekah tanpa perlu berfikir panjang.

Pekerja swasta, Maisarah Mohd Alias, 25, berkata, ibunya meminta dia membeli 40 buku surah Yasin untuk diberikan kepada tetamu sempena majlis doa selamat di rumah.

"Ibu nampak hantaran di TikTok Grup Buku Karangkraf (GBK) mengenai Jualan Gudang Karangkraf 2025 dan ada tawaran, jadi saya datang hari ini untuk lihat sendiri senarai harga serta memborong buku surah Yasin.

"Saya beli juga buku untuk anak-anak buah sebab harga sangat murah dan tidak perlu fikir panjang. Harganya jauh lebih rendah berbanding pembelian secara dalam talian serta kedai di luar. Memang sangat berbaloi, memudah dan menjimatkan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Jualan gudang menjadi program sulung Kumpulan Karangkraf bagi tahun 2025 dan kembali menemui penggemar buku bermula 24 Januari hingga 2 Februari depan bermula jam 9 pagi hingga 7 malam.

**media[2985722]**

Bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf, pengunjung bukan sahaja berpeluang mendapat tawaran diskaun harga berpatutan malah terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disajikan sepanjang program berlangsung.

Jualan gudang berkenaan adalah acara tahunan sejak 2015 dan diadakan tiga kali setahun sejak beberapa tahun lalu.

**media[2985721]**

Mengulas lanjut, Maisarah berkata, kepada penduduk di sekitar Lembah Klang atau yang berdekatan boleh berkunjung ke Jualan Gudang Karangkraf 2025 untuk turut menikmati tawaran disediakan.

"Datanglah beramai-ramai, sekarang musim cuti sekolah... Jadi ibu bapa boleh bawa anak-anak sebab banyak jenis bahan bacaan termasuk buku kanak-kanak dengan harga murah," ujarnya.