Borong Tiket Umrah Untuk Dijual Semula, Ejen Pelancongan Boleh Dibatalkan Lesen Perniagaan

1 Feb 2023 • 4:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jual semula tiket penerbangan untuk kaut keuntungan boleh dikenakan tindakan.

Borong Tiket Umrah Untuk Dijual Semula, Ejen Pelancongan Boleh Dibatalkan Lesen Perniagaan. Dilaporkan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bakal mengambil tindakan ke atas ejen-ejen pelancongan di luar sana yang membeli tiket penerbangan secara pukal ke Mekah untuk mengaut keuntungan besar.

Menurut Menteri Pelancongan, Dato Sri Tiong King Sing, tindakan membatal lesen perniagaan itu akan dijalankan jika ejen pelancongan berkenaan didapati melanggar undang-undang.

image is not available
Borong Tiket Umrah Untuk Dijual Semula, Ejen Pelancongan Boleh Dibatalkan Lesen Perniagaan

Satu siasatan akan dijalankan

Beliau berkata Timbalan Menteri MOTAC Khairul Firdaus Akbar Khan telah diarah untuk menjalankan satu siasatan dan mengadakan perjumpaan dengan ejen pelancongan mengenai isu berkenaan.

Oleh itu, sebarang keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan setelah beliau mendapat maklumat penuh daripada Timbalan Menterinya, tambah beliau lagi.

image is not available

Membeli secara pukal kemudian menjual semula dengan harga yang lebih mahal

Sebelum ini beberapa syarikat umrah tempatan telah dilaporkan membeli tiket penerbangan secara pukal ke Mekah dan didakwa menjualnya semula pada harga mencecah RM 4,800 ke RM 5,000.

Padahal harga sebenar tiket adalah hanya RM 2,700 hingga RM2,800 sahaja.

Lagi berita terkini buat anda di sini: