Bosan dengan inti sayur, jom buat Popia Beef Caramel Pepper ditambah dengan keju. Memang sedap giler!

FoodCooking
16 Jun 2023 • 2:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

POPIA goreng selalu menjadi pilihan ramai untuk hidangan minum petang bersama keluarga.

Bukan apa, kudapan kegemaran ramai itu mudah disediakan dan rasanya memang sedap tak terkata.

Selain inti sayur, kita juga boleh buat inti carbonara, sardin, kentang dan sebagainya.

Kalau ada keju pula, memang anak-anak makan bertambah-tambah!

image is not available

image is not availableBaik, kali ini SinarPlus ingin kongsikan resipi popia dengan inti campuran daging, kentang dan keju mozarela.

Resipi Popia Beef Caramel Pepper itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook menggunakan nama Neateyla Kek Tapak Kuda dan mendapat lebih 1,500 share.

Ujarnya, hidangan tersebut juga sesuai untuk disejuk bekukan. Senang kata, frozenkan.

 

Bila nak makan, goreng sahaja. Hah…Hari Raya Aidiladha dah nak dekat, boleh buat siap-siap.

Tak mahu berceloteh lagi, berikut SinarPlus kongsikan bahan-bahandan cara penyediaan menu berkenaan.

image is not available image is not available

Bahan-bahan
500 gram daging (dipotong kecil) – boleh juga guna daging kisar
1 biji bawang holand (potong dadu)
Lada benggala (potong dadu kecil)
3 biji kentang (potong dadu kecil)
3 batang daun sup (potong kecil)
3 ulas bawang putih (cincang)
3 sudu kicap karamel pekat
2 sudu sos tiram
Separuh kiub ayam
Lada hitam ikut selera memasing
Sedikit garam
Keju mozarela
Kulit popia

Cara penyediaan:
1.Panaskan minyak.
2.Tumis bawang dan bawang putih sehingga naik bau.
3.Masukkan daging dan biar masak sebati.
4.Masukkan kentang dan gaulkan.
5.Kemudian masukkan kicap karamel pekat, sos tiram, kiub ayam, lada hitam dan garam. Gaul sehingga elok masaknya.
6.Akhir sekali, masukkan lada benggala dan daun sup. Gaul sebati.
7.Sejukkan inti sebelum balut kulit popia. Letakkan keju mozarela dan balut popia.

image is not available image is not available

Pemilik resipi tersebut juga mengingatkan anda yang mahu mencuba supaya tak lupa untuk menggunakan air bancuhan tepung untuk melekatkan hujung kulit popia.

Langkah itu perlu bagi mengelakkan popia terbuka semasa digoreng.

Jika dilihat bahan-bahannya memang agak banyak namun proses memasaknya mudah sahaja.

Goreng dan makan panas-panas memang layan habis.

Anda wajib mencubanya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.