Bose SoundLink Home dilancarkan secara rasmi sebagai sebuah pembesar suara mudah alih dengan tubuh yang kompak. Ia diperbuat daripada bahan aluminium dan grill berasaskan kain yang berkualiti tinggi. Selain itu disediakan dalam dua pilihan warna iaitu Light Silver dan Cool Grey.

Dari segi teknikal, ia terdiri daripada radiator dwi-pasif dan transduser bertujuan untuk pengalaman bunyi bass mendalam bersama vokal yang jelas. Di samping menawarkan bluetooth 5.3 dengan keupayaan sambungan pintar dwi-peranti secara serentak. Mikrofon terbina pula membolehkan pengguna menjawab panggilan secara bebas tangan dan mengakses kepada pembantu maya.

Dua unit Bose SoundLink Home turut boleh digandingkan untuk mencipta kesan audio stereo. Bateri disertakan boleh beroperasi sehingga 9 jam melalui penggunaan biasa dan boleh dicas penuh sekitar 4 jam. Harga jualan rasmi ialah $219 (~RM910) dan tiada maklumat mengenai ketersediaan untuk pasaran Malaysia.
