“Bossku Dapat Keadilan” – Anak Najib Syukur Bapa Bebas Tuduhan Pinda Laporan Audit 1MDB

Politics
3 Mar 2023 • 2:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dibebaskan daripada tuduhan meminda Laporan Pengauditan Akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan tak berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka berdua.

Najib dan Arul Kanda bebas kes pinda laporan audit 1MDB

Di Instagram, anak perempuan Najib iaitu Nooryana Najwa meluahkan rasa syukur keadilan akhirnya dapat ditegakkan buat ayahnya.

Kata Yana, sejak awal dia yakin pendakwaan itu hanyalah bersifat politik dan tak adil.

“Syukur bossku dapat keadilan” – Anak

Malah, dia yakin ayahnya itu akan mendapat pembelaan yang sewajarnya suatu hari nanti. Dia yakin keadilan akan sampai kepada sesiapa yang yakin tak bersalah, tetap bersabar dan beristiqamah.

Namun katanya, pembebasan hari ini belum menamatkan perjuangan mereka. Ini baru permulaan, ujarnya.

Kredit: Instagram Yana Najib

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved