
Bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah dan bakal menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta!

Memetik laporan Utusan, panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu.
Dengan keputusan tersebut, di akhir prosiding di Istana Kehakiman, Putrajaya -- Datuk Seri Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa hari ini (23 Ogos 2022).

Sumber: UTUSAN

