Bot bertembung: Seorang kru hilang, empat cedera

9 Jan 2026 • 9:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bot dinaiki lima individu itu rosak teruk akibat pelanggaran di kedudukan 0.3 batu nautika dari timur Jeti Pelancong Semporna di sini pagi Jumaat. Foto APMM

SEMPORNA - Seorang lelaki hilang manakala empat lagi cedera dalam insiden dua bot penumpang bertembung di kedudukan 0.3 batu nautika dari timur Jeti Pelancong Semporna di sini pagi Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 11.30 pagi.

"Bot dinaiki lima individu itu rosak teruk akibat pelanggaran berkenaan dengan empat mangsa yang cedera termasuk juragan bot dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut, manakala seorang kru, Rosman Kandau, 24, dilaporkan hilang di lokasi kejadian.

"Dua lelaki yang menaiki sebuah lagi bot terselamat dengan operasi mencari dan menyelamat mangsa hilang diaktifkan 1.50 tengah hari tadi," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Amir berkata, operasi pencarian yang dilaksanakan meliputi keluasan kawasan tiga batu nautika persegi melibatkan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Pasukan Polis Marin.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Semporna, 014-7870624 bagi membantu siasatan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved