
TEHRAN – Sebuah kapal tangki dilaporkan menjadi sasaran tembakan oleh bot bersenjata milik Iran dalam satu insiden tegang di Selat Hormuz, Sabtu lalu.
Menurut laporan AFP, Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) memaklumkan kapten kapal berkenaan mengesan dua bot bersenjata milik Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) menghampiri pada jarak kira-kira 37 kilometer di timur laut Oman.
Tiada Amaran, Terus Lepaskan Tembakan
Difahamkan, kedua-dua bot tersebut tidak memberikan sebarang amaran melalui radio sebelum bertindak melepaskan tembakan ke arah kapal tangki berkenaan.
Bagaimanapun, semua kru kapal dilaporkan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.
“Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini,” menurut kenyataan UKMTO.
Insiden ini sekali lagi mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keselamatan di laluan strategik Selat Hormuz yang menjadi antara laluan utama perdagangan minyak dunia. – The Malaysian Update
The post Bot Iran Didakwa Tembak Kapal Tangki Di Selat Hormuz appeared first on The Malaysian Update.

