“Bot Kali Ni Lagi Extreme, Lagi Kecik So Dia Punya Goyang Tu Subhanallah” – Kongsi Perkembangan Terkini, Netizen Kagum Dengan Semangat Ardell

14 Sep 2025 • 6:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru di platform TikTok, tular klip keratan video live selebriti, Ardell yang berkongsikan perkembangan terkininya menuju ke Gaza bagi menjalankan misi kemanusiaan di sana.

“Bot kali ni lagi extreme, lagi kecik..”

Dalam video tersebut, dilihat Ardell diberikan pil untuk mengelakkan diri daripada terkena mabuk laut susulan bot yang dinaiki lebih kecil.

Bot kali ini lagi extreme, lagi kecik so dia punya goyang tu subhanallah.. Bot yang sekarang ni memang semua kena ambil pil sea sick tu sebab bot ni jauh lebih sempit dan kecil.

Ardell turut mengakui dirinya sudah bersedia untuk meneruskan perjalanan yang lebih mencabar.

Walaupun bot ni tak berapa cantik dan lebih hardcore tapi sekurang-kurang ada sorang team Malaysia yang ada pengalaman hardcore macam ni.

Netizen kagum dengan semangat Ardell

Dapat dilihat dalam video tersebut, Ardell kelihatan dan teruja untuk memulakan perjalanan susulan tidak sabar mahu memberi bantuan kepada saudara-saudara Islam yang berada di Gaza.

Disebabkan itu, netizen yang meninggalkan komen berasa kagum melihatan semangat pelakon berkenaan serta mendoakan agar pasukan-pasukan yang menuju ke Gaza dilindungi oleh Allah SWT.

Sebelum ini, suami kepada Ardell iaitu Nadzmi Adhwa meluahkan rasa kesal kerana dikecam susulan memberi kebenaran isteri menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

image is not available 2025-09-11 11:17:03

Kapal Dinaiki Ardell Berdepan Ribut & Zizi Kirana Terpaksa Catu Makanan - "Bot Kecemasan Kami Rosak Termasuk Beberapa.."