Bot Karam Di Sungai Kayan, 3 Pelajar Hilang

20 Aug 2024 • 1:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiga pelajar hilang perahu tambang karam

Bot Karam Di Sungai Kayan, 3 Pelajar Hilang. Tiga pelajar dilaporkan hilang setelah bot yang mereka naiki tenggelam di Sungai Kayan, Kampung Selampit, Lundu, sekitar jam 6.10 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak (Bomba) memaklumkan bahawa panggilan mengenai kejadian tersebut diterima pada jam 6.33 pagi dan anggota bomba dari Balai Bomba Lundu tiba di lokasi pada jam 7.03 pagi.

image is not available
Bot Karam Di Sungai Kayan, 3 Pelajar Hilang

Bot tersebut dilaporkan membawa sekitar 20 penumpang, termasuk 18 pelajar sekolah menengah dari SMK Senibong.

“Lima belas pelajar sekolah menengah, seorang wanita dewasa, dan pengendali bot berjaya diselamatkan.

“Tiga pelajar, seorang lelaki dan dua perempuan masih belum ditemui,” kata jurucakap tersebut dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pencarian awal dilakukan menggunakan bot milik penduduk kampung.

Baca juga artikel yang berkaitan: