Bot Karam Ketika Latihan Regata Sarawak, 5 Peserta Dikhuatiri Lemas Di Sungai Sarawak

19 Oct 2024 • 1:42 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tragedi di Kuching, bot latihan regata karam, 5 peserta hilang

Bot Karam Ketika Latihan Regata Sarawak, 5 Peserta Dikhuatiri Lemas Di Sungai Sarawak. Satu tragedi telah berlaku di Kuching, Sarawak apabila lima orang peserta dalam sesi latihan regata dipercayai lemas selepas bot mereka tenggelam di Sungai Sarawak berdekatan Royal Bay Commercial Centre di kawasan Jalan Buruh Bintawa pada hari Jumaat.

Menurut laporan media tempatan, jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak berkata, mereka telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 4.20 petang. Serta-merta, satu pasukan bomba telah dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

image is not available
Sumber gambar: JBPM. Bot Karam Ketika Latihan Regata Sarawak, 5 Peserta Dikhuatiri Lemas Di Sungai Sarawak

Bot yang terlibat dalam kejadian tersebut membawa 15 orang peserta untuk tujuan latihan regata. Daripada jumlah tersebut, 10 orang berjaya menyelamatkan diri, manakala lima orang lagi masih belum ditemui.

Operasi SAR telah dijalankan dengan kerjasama antara pasukan bomba, Polis Marin dan Sarawak Coast Guard. Pihak bomba telah menjalankan pencarian di permukaan air.

Lima peserta yang hilang ialah Mohamad Ikhmal Sama’ail, Majurie Maharuf, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, Mohamad Khairul Bidin dan Muhammad Khairul Hisyam Kasturi. Mereka berumur antara 22 hingga 35 tahun.

Baca juga artikel yang berkaitan: