Bot karam: Kru nelayan ditemui selamat

10 Dec 2022 • 12:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keempat-empat nelayan warga Thailand ditemukan selamat selepas bot mereka dilaporkan karam di perairan Pulau Talang, Lumut. - Foto ihsan Maritim Malaysia

LUMUT - Empat kru nelayan warga Thailand ditemukan selamat selepas bot dikendalikan mereka dilaporkan karam di kedudukan 15.5 batu nautika timur laut Pulau Talang, Segari di sini pada Jumaat.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya'akup berkata, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) diaktifkan selepas menerima aduan sekitar jam 8.45 pagi.

"Berdasarkan aduan, bot nelayan terbabit tidak dapat dihubungi oleh pemiliknya ketika berada di laut sejak Khamis lalu.

"Pusat Operasi Maritim negeri telah menyalurkan maklumat kepada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) dan kapal diatur gerak ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, kesemua mangsa berusia 30 hingga 53 tahun itu bagaimanapun ditemukan oleh bot nelayan tempatan sekitar jam 11 pagi.

"Mereka yang mempunyai dokumen pengenalan diri sah ditemukan dalam keadaan sihat telah dibawa ke pelantar Bagan Panchor, Pantai Remis untuk tindakan lanjut.

"Operasi Carilamat ditamatkan sekitar jam 4 petang. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau berhadapan insiden kecemasan boleh menghubungi MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim di talian 05-6838737," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved