Bot karam: Mayat kanak-kanak, 7, ditemui

3 Aug 2023 • 1:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Mayat mangsa kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dilapor hilang, selepas bot dinaiki bersama lima ahli keluarganya karam di 0.2 batu nautika Tanjung Batu, di sini pada petang Selasa, ditemui kira-kira jam 11 pagi Rabu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, mangsa ditemui kira-kira 600 meter dari lokasi dia dilapor hilang.

“Mangsa ditemui salah satu bot dalam operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) yang diaktifkan sejak 4 petang Selasa dan bersambung pagi Rabu,” katanya pada sidang media di Pejabat APMM Sandakan, Rabu, sejurus penemuan mayat itu.

Operasi itu diaturgerak APMM selepas laporan diterima menerusi talian MERS 999.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Ia dilaksanakan bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), PDRM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sandakan, serta nelayan dan penduduk kampung.

Mangsa yang dikenali sebagai Romy Azlan, dan keluarganya itu dikatakan sedang dalam perjalanan balik ke Kg Mumiang selepas menziarahi keluarga mereka di Pulau Timbang, sebelum bot mereka terlanggar satu objek lalu terbalik di lokasi itu.

Lima penumpang lain dilaporkan selamat dan sempat berenang ke kawasan kampung berdekatan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Zainudin menasihatkan orang ramai, khasnya komuniti maritim, agar sentiasa memakai jaket keselamatan apabila menaiki bot, selain peralatan keselamatan diri disediakan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.