Bot PATI Karam: Dua Lagi Mayat Ditemui, Jumlah Cecah Sembilan Mangsa

10 Nov 2025 • 5:51 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua lagi mayat mangsa insiden bot karam di perairan berhampiran Pulau Tarutao berjaya ditemui pasukan Operasi Carilamat (SAR) Malaysia awal petang tadi. Penemuan ini menjadikan jumlah mangsa yang ditemukan setakat ini meningkat kepada sembilan orang.

Polis masih belum sahkan identiti mayat yang dijumpai

image is not available

Foto: Buletin TV3

Menurut laporan Buletin TV3, setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengesahkan identiti atau lokasi penemuan mayat tersebut. Maklumat rasmi dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat untuk memaklumkan kepada keluarga mangsa dan orang ramai.

Artikel lain: Pemandu Bot Terbalik Di Perhentian Positif Bahan Terlarang, Ada 5 Rekod Lampau

Sebelumnya, tujuh mayat telah ditemui, termasuk enam wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.

image is not available

Foto: Buletin TV3

Dalam insiden tragis itu, 13 mangsa dilaporkan berjaya diselamatkan. Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita warga Myanmar serta dua lelaki warga Bangladesh.

Mangsa yang terselamat kini berada di bawah pemantauan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka selepas tragedi tersebut.

image is not available

Foto: Buletin TV3

Operasi SAR kini diperluas ke kawasan seluas 250 batu nautika persegi dengan kerjasama agensi tempatan dan pihak Thailand. Usaha ini dilakukan bagi mempercepat proses pencarian mangsa lain yang masih hilang serta memastikan tiada individu yang tertinggal di laut.

Sumber: Buletin TV3 

The post Bot PATI Karam: Dua Lagi Mayat Ditemui, Jumlah Cecah Sembilan Mangsa appeared first on Borak Daily.