Bot tempur berlanggar ketika demonstrasi, TLDM tubuh lembaga siasatan

30 Dec 2022 • 1:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

IPOH: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian pelanggaran bot tempur semasa Hari Terbuka Armada (HTA2022) semalam.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam kenyataan memaklumkan insiden berlaku ketika sebuah bot tempur TLDM hilang kawalan dan terlanggar KD Laksamana Tan Pusmah sewaktu melaksanakan demonstrasi manuvra bagi memintas bot mencurigakan di jeti Pangkalan TLDM Lumut.

“Insiden kira-kira 11.30 pagi tersebut telah mengakibatkan badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak sepanjang 2 x 1m dan bot tempur kemek di bahagian haluan.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan akibat insiden ini. Insiden juga tidak menjejaskan perjalanan HTA22 yang akan diteruskan mengikut atur cara telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Sambutan HTA22 sedang berlangsung bermula semalam hingga esok di Pangkalan TLDM Lumut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.