Botafogo pecat ketua jurulatih selepas tersingkir Piala Dunia Kelab

Football
1 Jul 2025 • 12:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Botafogo bimbingan Paiva mencuri tumpuan di Piala Dunia Kelab apabila menewaskan PSG 1-0 di peringkat kumpulan. Foto Agensi

BOTAFOGO secara rasmi mengumumkan pemecatan ketua jurulatih, Renato Paiva, susulan penyingkiran kelab itu daripada Piala Dunia Kelab.

Keputusan drastik itu dibuat walaupun skuad kendalian Paiva mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan juara Liga Juara-Juara Eropah, Paris Saint-Germain (PSG), dalam kejohanan tersebut.

Pasukan kendalian Paiva terkandas di peringkat pusingan 16 terakhir selepas tewas 0-1 dalam masa tambahan kepada rakan senegara dari Brazil, Palmeiras, dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Lincoln Financial Field, Philadelphia, Pennsylvania.

Pemecatan itu berlaku hanya selepas empat bulan beliau mengemudi pasukan Estrela Solitária yang berpangkalan di Rio de Janeiro.

Botafogo mencuri tumpuan di Piala Dunia Kelab apabila menewaskan PSG 1-0 di peringkat kumpulan, selepas terlebih dahulu mengalahkan Seattle Sounders.

Mereka mara ke peringkat kalah mati sebagai naib juara Kumpulan B, walaupun tewas 0-1 kepada gergasi La Liga, Atletico Madrid.

“Kelab merakamkan penghargaan kepada Paiva dan barisan kejurulatihannya atas sumbangan kepada Botafogo de Futebol e Regatas sepanjang beberapa bulan lalu.

“Terutamanya untuk kemenangan bersejarah ke atas Paris Saint-Germain di Piala Dunia Kelab serta kejayaan mara ke pusingan 16 Copa Libertadores dan Copa do Brasil,” menurut kenyataan rasmi kelab yang dikongsikan di media sosial.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved