Botak belakang, Rafizi jadi bahan gurauan rakan

LocalPolitics
4 Aug 2025 • 6:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rafizi berkongsi satu gambar melalui hantaran di Facebook menunjukkan sisi berbeza dirinya.

SHAH ALAM - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mencuri perhatian di media sosial apabila secara berseloroh berkongsi luahan beliau 'dibuli' oleh kenalannya yang gemar menghantar gambar kepala botak kepadanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, setiap hari beliau menerima kiriman gambar kepala botak daripada rakan-rakan yang dipercayai mahu mengusik imej terkininya yang botak di bahagian belakang kepala.

"Indah khabar dari rupa. Depan lain belakang lain. Makin menjadi-jadi ahli Parlimen buli aku dengan ambik gambar kepala botak.

"Setiap hari, ada sahaja orang hantar gambar kepala botak,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Beliau turut berkongsi satu gambar yang menunjukkan sisi berbeza dirinya iaitu bahagian depan kelihatan berambut, manakala botak di belakang dikirim Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik.