Hari ini tular di media sosial seorang pengguna TikTok menegur packaging sambal Nyet keluaran Khairul Aming yang dipercayai bocor ketika proses penghantaran.
Dapat dilihat plastik yang membaluti botol kaca Sambal Nyet berminyak membuatkan pembeli meragui sama ada kualiti sambal akan terjejas.
Jelasnya, sebelum ini pihaknya ada terfikir untuk melakukan perkara yang sama tapi tak jadi buat disebabkan empat faktor.
Faktor pertama disebabkan failure rate yang rendah.
Katanya, berdasarkan data yang dah dikumpul, dalam seminggu pihaknya menjual lebih kurang 25,000 botol sambal Nyet.
Setakat ini jarang ada isu leaking terjadi dan jika ianya terjadi ianya hanyalah 2-3 botol seminggu. Disebabkan peratusan yang terlalu rendah, pihaknya tak jadi tambah kotak tambahan dari segi pembungkusan.
Faktor seterusnya ada kekangan masa. Untuk satu parcel siap dibungkus pihaknya mengambil masa 1 minit dan 5 saat dan jika kotak ditambah ianya sudah tentu mengambil masa yang lebih lama dan menjejaskan proses pembungkusan secara keseluruhan.
Faktor yang ketiga adalah kos. Untuk satu kotak kos diperlukan dalam anggaran 30 sen, 50 sen dan RM1 bergantung kepada saiz. 25,000 sambal dijual seminggu bersamaan dengan 13,000 parcel. Ianya akan menjadi satu pembaziran jika dibandingkan dengan failure rate yang rendah.
Faktor terakhir adalah untuk memudahkan kerja-kerja abang penghantaran untuk memegang parcel ketika scan barang dan sebagainya.
Menurut Khairul Aming ini, pelanggan yang menghadapi masalah botol bocor boleh menghubungi customer service dan pihaknya akan menggantikan dengan yang baru.
Kredit: TikTok Khairul Aming
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.