Brave Hadir Dengan Leo Assistant – Pembantu Maya Dengan AI Llama-2 Dan Claude

TechnologyDigital
3 Nov 2023 • 10:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perkhidmatan generatif AI berkembang hari demi hari. Hari ini, pelayar web Brave telah memperkenalkan perkhidmatan kecerdasan buatan mereka yang akan bersaing dengan Bing Chat pada Microsoft Edge iaitu Leo Assistant. Berbeza dengan Bing Chat yang menggunakan teknologi GPT oleh OpenAI, Brave menggunakan model Llama 2 yang dibangunkan oleh Meta.

image is not available

Brave turut mempunyai pembantu maya premium yang dikuasakan oleh Claude Instant. Menurut Brave, Leo boleh membantu merumuskan laman web atau video, boleh menjawab apa jua soalan, menjana kandungan baharu, melakukan penterjemahan, menganalisa kandungan web, menulis semula sesuatu artikel dan banyak lagi.

image is not available

Leo dengan Llama 2 percuma untuk digunakan, sementara Leo dengan Claude berharga $15 sebulan (~RM71). Leo boleh diakses melalui bar sisi Brave dengan tekan ikon baharu. Buat masa ini pembantu maya Brave ini terhad di desktop sahaja tetapi akan tiba pada aplikasi iOS dan Android di bulan-bulan akan datang.