Brave Menambah Ciri “Split-View” – Layari Dua Laman Web Secara Bersebelahan Dengan Mudah

TechnologyDigital
2 Apr 2025 • 4:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelayar web Brave kini mengemaskini penawaran mereka, dan menambah salah satu ciri baharu yang menarik, iaitu “Split View”. Dengan ciri ini, pengguna boleh membuka dua laman web secara bersebelahan, dan melakukan sebarang perbandingan dengan mudah.

image is not available

Untuk menggunakannya, pengguna yang menggunakan versi terkini Brave boleh klik-kanan pada tab yang diinginkan, dan seterusnya pilih “Split View”. Anda seterusnya boleh memilih untuk membuka satu lagi laman bersebelahan dengan laman web sedia ada berkenaan.

Brave mengatakan ciri ini sangat berguna untuk sejumlah penggunaan, termasuk untuk melakukan perbandingan, membaca ketika menonton sukan, memantau latar kemaskini media sosial, dan juga mengambil nota berkaitan sesuatu video.

Untuk menggunakan ciri ini, pastikan anda menggunakan versi terbaru Brave, dan memulakannya dengan klik kanan pada tab yang anda ingin menggunakan ciri “Split View” ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved