Brave Search Kini Diintegrasikan Dengan AI Generatif Seakan Google SGE

TechnologyDigital
18 Apr 2024 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak tahun lepas lagi, Brave telah mula mengintegrasikan kecerdasan buatan generatif ke dalam pelayar web mereka – ia adalah Leo Assistant. Leo boleh diakses dengan langganan RM69.90 sebulan dan terbaru mereka memperkenalkan ciri AI generatif dalam Brave Search pula iaitu Answer with AI.

image is not available

Menurut Brave, Answer with AI adalah lebih hebat berbanding ciri AI Summarizer yang diperkenalkan tahun lepas. Ciri baharu ini adalah ciri carian AI yang memfokuskan privasi sepenuhnya yang boleh mengendalikan hampir 10 bilion pertanyaan. Setiap jawapan diberikan dengan pantas berserta sumber serta hasil carian adalah dengan daripada indeks carian tersendiri di luar indeks carian seperti Google atau Bing.

image is not available

Answer with AI ini percuma digunakan oleh semua pengguna Brave di desktop dan aplikasi peranti mudah alih. Jika tidak menggunakan pelayar web Brave, ciri ini boleh diakses di mana-mana pelayar web lain melalui laman web search.brave.com. Brave menggunakan model bahasa raya Mixtral 8x7B dan Mistral 7B sebagai yang utama sementara ada beberapa model tambahan lain yang tersuai bagi menjayakan ciri Answer with AI ini.