Brazil Arah Apple Henti Jual iPhone Tanpa Pengecas, Dakwa Sengaja Diskriminasi Pengguna

Technology
8 Sep 2022 • 8:35 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Brazil Arah Apple Henti Jual iPhone Tanpa Pengecas, Dakwa Sengaja Diskriminasi Pengguna

Brazil dilapor mengarahkan Apple menghentikan penjualan iPhones yang tidak disertakan dengan pengecas bateri di negara itu. Kementerian Kehakiman dalam keputusannya mendakwa syarikat itu menjual produk yang tidak lengkap kepada pelanggannya.

Apple juga dikenakan denda berjumlah RM10.7 juta dan diarahkan untuk menghentikan penjualan model iPhone 12 dan ke atas serta penjualan mana-mana peranti keluarannya yang tidak disertakan dengan pengecas bateri.

Dalam sidang perbicaraan itu, pihak kementerian mengeluarkan hujah dengan mengatakan bahawa pihak Apple tidak menyediakan kompenen yang penting kepada peranti itu dan menganggap ia adalah satu amalan diskriminasi yang disengajakan terhadap pengguna.

Dalam pada itu, pihak pendakwa juga menolak hujah Apple yang mendakwa pengecas tidak disertakan kerana mahu mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan memelihara alam sekitar dengan membidas bahawa tiada bukti kukuh yang dapat menyokong dakwaan tersebut.

Menurut MacRumors, keputusan itu dikeluarkan sehari sebelum Apple dijangka mengumumkan model iPhone terbaru mereka.

Disamping itu, pihak Apple Inc berkata mereka akan membuat rayuan berhubung sekatan tersebut dan menegaskan bahawa dakwaan bahawa syarikat mereka menyediakan produk yang tidak lengkap kepada pengguna adalah tidak benar.