Sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit terbabas di Kilometer 28, Lebuhraya Karak, dekat Genting Sempah awal pagi Rabu dipercayai akibat kegagalan sistem brek.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 12.30 tengah malam itu melibatkan seorang pemandu lelaki tempatan berusia 41 tahun yang sedang memandu seorang diri dari Kelantan menuju ke Pelabuhan Klang.
“Siasatan awal mendapati brek lori tersebut dipercayai gagal berfungsi, menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan terbabas. Bagaimanapun, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Rakaman video berdurasi 46 saat mengenai insiden itu turut tular di aplikasi TikTok, menarik perhatian ramai.
Polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 8.42 pagi. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor K. Pavinar di talian 017-4424699 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.
Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro
The post Brek gagal berfungsi, punca lori tangki terbabas di Lebuhraya Karak appeared first on The Reporter.



