
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Brenndon Keith Soh sebagai Peguam Besar Negeri Sabah menggantikan Datuk Nor Asiah Yusof.
Hajiji berkata pelantikan Brenndon berkuat kuasa serta-merta dan adalah bagi tempoh tiga tahun.
“Nor Asiah akan menyandang jawatan Brenndon sebelum ini sebagai Penasihat Undang-Undang kepada Ketua Menteri,” menurutnya disini.
Sebelum ini, Brenndon pernah memegang jawatan sebagai Peguam Besar Negeri Sabah dari Julai hingga November 2020.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more * Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


