BRICS tolak langkah ubah status Baitulmuqaddis, gesa gencatan Gaza dikekalkan

WorldPolitics
13 Sep 2026 • 8:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

BRICS tolak langkah ubah status Baitulmuqaddis, gesa gencatan Gaza dikekalkan

NEW DELHI, 13 SEPT: Negara-negara BRICS menolak sebarang langkah sepihak yang bertujuan mengubah status undang-undang dan sejarah Baitulmuqaddis yang diduduki, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh pemimpin perkumpulan itu pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kami menolak sebarang langkah sepihak yang bertujuan mengubah status undang-undang dan sejarah Baitulmuqaddis yang diduduki,” menurut dokumen itu.

Pemimpin berkenaan turut menggesa supaya kesucian semua tempat suci di bandar itu dihormati dan akses ke tempat-tempat berkenaan diberikan.

Selain itu, mereka menggesa pihak-pihak berkenaan supaya “memastikan gencatan senjata dikekalkan serta akses kemanusiaan penuh dan tanpa halangan di Semenanjung Gaza”.

Menurut kenyataan itu, penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai menerusi cara aman dan bergantung kepada usaha merealisasikan hak sah rakyat Palestin.

“Kami menegaskan keperluan bagi perwakilan Palestin yang sewajarnya dalam semua organisasi antarabangsa berkaitan, termasuk institusi kewangan pelbagai hala, serta akses kepada sumber institusi berkenaan,” menurut deklarasi itu.

Sidang Kemuncak BRICS ke-18 berlangsung pada 12-13 Sept di New Delhi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved