Brighton calarkan rekod tanpa kalah Chelsea

Football
30 Oct 2022 • 12:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Havertz dan Potter selepas wisel penamat perlawanan EPL antara Brighton menentang Chelsea di Stadium Amex pada Sabtu. - Foto AFP

REKOD tanpa kalah Chelsea di bawah kendalian Graham Potter lebur selepas ditewaskan Brighton 4-1 di Stadium Amex pada awal pagi Ahad.

Menurut Potter, punca kekalahan Chelsea kepada bekas kelab bimbingannya itu adalah disebabkan kesilapan pemain The Blues sendiri.

Bagaimanapun jurulatih berbangsa Inggeris itu enggan menyalahkan pemain-pemainnya sebaliknya akan bertanggungjawab atas kekalahan tersebut.

“Brighton adalah pasukan yang bagus dan dengan penyokong serta suasana yang mereka cipta, ia meletakkan kami dalam situasi tertekan.

“Kami melakukan beberapa kesilapan. Saya tidak akan menyalahkan pemain kerana mereka sudah mempamerkan aksi terbaik.

“Mereka sudah melakukan segala-galanya. Saya bertanggungjawab atas kekalahan ini dan akan mencuba menjadikan pasukan lebih baik selepas ini," katanya.

Pada kasi tersebut, Brighton mendahului pada separuh masa pertama menerusi gol sendiri Ruben Loftus-Cheek dan Trevoh Chalobah yang menambah kesengsaraan Potter selepas Leandro Trossard yang meletakkan The Seagull di depan seawal minit kelima.

Pemain tengah Chelsea, Kai Havertz berjaya merapatkan jurang pada awal babak kedua, namun jaringan lewat Pascal Gross terus menutup peluang Chelsea.

Untuk rekod, Potter mengharungi sembilan perlawanan tanpa kekalahan sejak meninggalkan Brighton untuk mengendalikan The Blues.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved