'Bring it on!' - Asyraf Wajdi sedia berdepan saman isu buli MRSM

LocalPolitics
10 Aug 2025 • 10:17 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Asyraf Wajdi

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tidak gentar sekiranya disaman oleh ibu bapa susulan tindakan tegas membuang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang terbabit dalam kes buli.

Beliau mendedahkan, terdapat ibu bapa kepada pelajar yang dibuang sekolah kerana kesalahan tersebut berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya dan Mara.

"Saya dimaklumkan ada ibu bapa yang anak-anaknya dibuang MRSM kerana kes buli mahu saman saya dan Mara.

"Saya katakan 'Bring it on!'. Saya hendak jaga keselamatan majoriti pelajar bukan segelintir yang berlagak samseng," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Menurut beliau, keselamatan majoriti pelajar menjadi keutamaan pihaknya dan kekal dengan prinsip 'You Touch, You Go'.