‘Bring it on!’ - Asyraf Wajdi sedia berdepan saman isu buli MRSM

LocalPolitics
9 Aug 2025 • 12:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tidak gentar sekiranya disaman oleh ibu bapa susulan tindakan tegas membuang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang terbabit dalam kes buli.

Beliau mendedahkan, terdapat ibu bapa kepada pelajar yang dibuang sekolah kerana kesalahan tersebut berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya dan Mara.

“Saya dimaklumkan ada ibu bapa yang anak-anaknya dibuang MRSM kerana kes buli mahu saman saya dan Mara.

"Saya katakan ‘Bring it on!’. Saya hendak jaga keselamatan majoriti pelajar bukan segelintir yang berlagak samseng,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Menurut beliau, keselamatan majoriti pelajar menjadi keutamaan pihaknya dan kekal dengan prinsip 'You Touch, You Go'.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved