Britney Spears Menari Sambil Pegang Pisau, Peminat Risau Telefon Polis

EntertainmentMusic
1 Oct 2023 • 4:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penyanyi antarabangsa penuh kontroversi, Britney Spears baru-baru ini mengejutkan peminatnya apabila tampil menari dengan memegang dua bilah pisau ditangan.

image is not available

Britney Spears menari pegang pisau tiru Syakira

Perkara tersebut pastinya membuatkan para peminat berasa bimbang lebih-lebih lagi dengan kondisinya yang seperti bermasalah.

Susulan daripada itu, penyanyi lagu Womanizer berkenaan menyatakan tindakannya menari sambil memegang pisau sekadar mengikuti penampilan penyanyi Syakira.

Minta peminat tak hubungi polis, pisau pun palsu

Dia juga menyatakan yang ada peminat membuat laporan polis berhubung video yang dikongsikannya kerana bimbang dengan keadaannya.

Namun, Britney Spears mengatakan yang pisau berkenaan adalah palsu dan dia membelinya di salah sebuah kedai di Los Angeles.

Dia berharap agar tidak ada sesiapa pun yang menelefon pihak berkuasa kerana dia hanya mengikuti gerakan tarian penyanyi kegemarannya.

Saya tahu saya telah membuat ramai bimbang tapi itu pisau palsu yang saya sewa daripada sebuah kedai di Los Angeles.

“Ini bukan pisau sebenar, tiada siapa perlu risau atau hubungi polis. Saya cuba meniru gerakan penyanyi kegemaran saya iaitu Shakira,” jelasnya.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan dikatakan berada dalam keadaan tertekan kerana perkahwinannya dengan bekas suami, Sam Asghari berakhir dengan perceraian pada awal September lalu selepas lima tahun bercinta.

Sebelum bersama Sam Asghari, Spears pernah berkahwin dengan rakannya, Jason Alexander di Las Vegas pada 2004, namun perkahwinan tersebut kemudiannya dibatalkan.

Pada tahun yang sama dia telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penari, Kavin Federline dan dikurniakan dua orang anak lelaki.

Namun, hubungan tersebut hanya bertahan sekitar 3 tahun sebelum mereka bercerai pada 2007.

Sumber: Instagram Britney Spears

View Original Article