Broadcom dan TSMC Dilaporkan Akan Membeli Beberapa Perniagaan Intel

TechnologyDigital
17 Feb 2025 • 10:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Broadcom dan TSMC dilaporkan dalam perbincangan untuk membeli beberapa perniagaan Intel. Broadcom berminat membeli perniagaan rekaan cip Intel manakala TSMC pula berminat membeli beberapa kilang pengeluaran.

image is not available

Kedua-dua syarikat dipercayai masih lagi di peringkat awal perbincangan. Pertemuan dengan wakil kerajaan Amerika Syarikat juga diadakan bagi memastikan jualan Intel kepada syarikat Taiwan tidak dilihat sebagai mendatangkan risiko kepada keselamatan negara.

Kerana nasib syarikat mula goyah, CEO Pat Gelsinger telah diminta untuk meletakkan jawatan sebelum dipecat. Intel dilaporkan ingin menjual perniagaan yang tidak mendatangkan keuntungan walaupun selepas membuang lebih 15,000 kakitangan tahun lalu. Antara kesilapan yang dilakukan ialah isu pengeluaran cip Intel Gen-13 dan Gen-14 yang menyebabkan ia perlu ditukar serta cip AI yang gagal mencapai sasaran jualan kerana tidak kompetitif berbanding cip NVIDIA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved