Brunei Rombak Kabinet! Putera Mateen Kini Dilantik Menteri Luar

WorldPolitics
5 Jun 2026 • 5:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor.

Rombakan tersebut merupakan yang pertama sejak 2022, ketika negara berkenaan berdepan tekanan akibat krisis tenaga global susulan konflik Amerika Syarikat (AS) dan Israel dengan Iran.

Langkah itu turut dibuat ketika Brunei berada dalam fasa peralihan kepimpinan, menjelang sambutan jubli berlian pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah yang telah menaiki takhta sejak 1967.

Pemimpin berusia 79 tahun itu dilaporkan membuat penampilan awam yang terhad pada tahun ini selepas menjalani pembedahan penggantian lutut pada Januari lalu.

Sultan Hassanal Bolkiah akan terus memegang jawatan Perdana Menteri selain kekal sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan.

Image from: Brunei Rombak Kabinet! Putera Mateen Kini Dilantik Menteri Luar

Dalam rombakan itu, putera kedua baginda, Pengiran Muda Abdul Malik dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, manakala putera ketiga, Pengiran Muda Abdul Mateen dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar.

Image from: Brunei Rombak Kabinet! Putera Mateen Kini Dilantik Menteri Luar

Sementara itu, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah kekal memegang jawatan sebagai Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Image from: Brunei Rombak Kabinet! Putera Mateen Kini Dilantik Menteri Luar

Baginda turut mengumumkan penubuhan tiga portfolio menteri baharu bagi memperkukuh penyelarasan dasar serta pentadbiran kerajaan.

“Kementerian Sumber Utama dan Pelancongan akan disusun semula sebagai Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri. Ini bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan sektor keutamaan, memperkukuh usaha kepelbagaian ekonomi, menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dan mewujudkan peluang pekerjaan yang bermakna,” katanya.

Rombakan itu turut mencatat sejarah apabila menyaksikan bilangan pelantikan wanita dalam Kabinet meningkat kepada jumlah tertinggi setakat ini, termasuk Menteri Pendidikan serta tiga Timbalan Menteri.

Sumber: al-Monitor

The post Brunei Rombak Kabinet! Putera Mateen Kini Dilantik Menteri Luar appeared first on Borak Daily.