
Penyanyi dan penulis lagu Versace On The Floor, Bruno Mars bakal kembali ke Malaysia dengan konsert mega pada September ini!
Bercakap tentang hiburan secara langsung, dan Malaysia pastinya antara negara yang tidak tercicir dalam aksi global dalam tahun ini, dengan Dua Lipa dan Lany juga bakal turun padang untuk beraksi tidak lama lagi. Dan trend itu mungkin tidak akan hilang dalam masa terdekat, dengan penganjur acara tempatan LiveNation.my mengesahkan bahawa penyanyi terkenal dan pemenang anugerah Grammy 15 kali, Bruno Mars akan tiba di Kuala Lumpur September ini.
Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia September ini
Dijadualkan berlangsung pada 17 September 2024 (Selasa), konsert ulung ini akan diadakan di Stadium Nasional Kuala Lumpur di Bukit Jalil. Menurut posting Instagram rasmi Live Nation, untuk konsert itu, prajualan tiket akan bermula pada 27 Jun dari 10 pagi sehingga 11.59 malam. Manakala jualan tiket secara amnya akan dibuka pada hari berikutnya pada jam 10 pagi sehingga ia habis dijual.
Pada ketika ini, butiran mengenai peta tempat duduk dan harga tiket masih belum dikeluarkan. Walau bagaimanapun, jika anda ingin mendapatkan akses prajualan, anda hanya perlu mengikuti langkah berikut:
- Daftar keahlian Live Nation MY percuma melalui di sini.
- Log masuk ke akaun Live Nation MY anda sebelum prajualan dan cari acara ini di laman web tersebut.
- Pilih ‘BELI TIKET’ pada halaman ‘Live Nation Presale’ apabila butang diaktifkan pada masa yang ditetapkan.
- Anda kemudiannya akan diarahkan ke halaman pembelian tiket, di mana anda boleh melengkapkan transaksi anda.
- Ingat bahawa anda juga memerlukan akaun GoLive Asia yang aktif untuk membeli tiket!
Ini menandakan enam tahun kepulangan bintang itu ke Malaysia sejak 24K Magic World Tournya pada 2018, yang berlakunya tarikh keramat untuk Malaysia iaitu Pilihan Raya Umum ke-14! Jangan ketinggalan untuk ‘battle’ tiket BrunoMars Malaysia!
Foto: Bruno Mars/Instagram

