BSN akan lakukan kajian kebolehlaksanaan buka cawangan di Pelangai - Ahmad

5 Oct 2023 • 8:52 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BENTONG: Bank Simpanan Nasional (BSN) akan melakukan kajian kebolehlaksanaan bagi membuka cawangan baharu di Pelangai.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan (gambar) selepas mendengar kemahuan penduduk yang meminta supaya sebuah bank komersial beroperasi di situ.

Beliau berkata di Pelangai ketika ini, BSN hanya menyediakan perkhidmatan Ejen Bank (EB) yang dilantik.

“EB ini tidak lengkap. Pengguna hanya boleh lakukan pengeluaran dan deposit dalam jumlah yang terhad.

“Oleh itu, saya meminta agar BSN menyegerakan pasukan untuk membuat kajian pelaksanaan dan saya juga menyokong diadakan cawangan mini BSN di Pelangai,“ katanya kepada pemberita selepas menyantuni masyarakat di Kampung Lembah Jaya di sini hari ini. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved