BSNSecure Gantikan SMS OTP Mulai 15 Disember Ini – Ini Pengguna BSN Perlu Tahu

LocalBusiness & Finance
13 Nov 2026 • 9:13 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengumumkan bermula 15 Disember 2026, BSN akan beralih sepenuhnya daripada penggunaan kod pengesahan SMS OTP (One-Time Password) kepada sistem BSNSecure (Pengesahan Pelbagai Faktor atau MFA) untuk urusan transaksi kad dalam talian.

Sistem pengesahan baharu ini akan tersedia melalui Aplikasi BSN eWallet.

Langkah ini diambil bagi mengurangkan risiko penipuan kewangan (scam) sekali gus memastikan setiap pembelian dan pembayaran e-dagang pelanggan kekal dilindungi.

Peralihan daripada OTP SMS kepada BSN Secure (MFA)

Mulai 15 Disember 2026, BSN akan beralih daripada pengesahan SMS OTP kepada BSNSecure (Pengesahan Pelbagai Faktor), yang hanya tersedia melalui Aplikasi BSN eWallet.

Peralihan ini akan memperkukuh keselamatan dan melindungi pemegang kad dengan lebih baik daripada penipuan kewangan.

Bagi memastikan transaksi dalam talian anda kekal selamat dan tidak terganggu, anda perlu memuat turun dan mendaftar Aplikasi BSN eWallet untuk melakukan transaksi e-dagang menggunakan BSNSecure.

Nota: Ini tidak terpakai bagi pemegang Kad-i Korporat BSN Visa dan Kad Debit Perniagaan BSN Visa.

Aplikasi BSN eWallet juga membolehkan anda:

  • Menguruskan kad anda pada bila-bila masa, di mana sahaja.
  • Menebus Happy Rewards.
  • Menikmati ciri-ciri interaktif eksklusif.

Untuk panduan pendaftaran, sila layari Pautan Pintas BSN eWallet dan rujuk Soalan Lazim BSN eWallet.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan BSN di +603 2613 1900.

BSN Secure

Tindakan Perlu Dilakukan

Untuk terus menikmati pengalaman perbankan digital yang lebih selamat dan lancar, pastikan anda:

✓ Muat turun atau kemas kini aplikasi BSN eWallet melalui App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

✓ Aktifkan notifikasi BSN eWallet dalam tetapan telefon pintar anda bagi menerima permintaan pengesahan transaksi melalui BSNSecure.

BSN Secure

Siapa Terlibat & Dikecualikan?

Peralihan ini melibatkan pemegang kad individu BSN yang menggunakan kad mereka untuk transaksi e-dagang dan pembayaran dalam talian.

Walau bagaimanapun, BSN memaklumkan bahawa perubahan ini tidak terpakai bagi pemegang kad korporat dan perniagaan berikut:

  • Kad-i Korporat BSN Visa (BSN Visa Corporate Card-i)
  • Kad Debit Perniagaan BSN Visa (BSN Visa Business Debit Card)

Muat Turun BSN eWallet

Aplikasi rasmi BSN eWallet boleh dimuat turun secara percuma melalui:

BSN Secure

Untuk mengetahui cara-cara mendaftar BSN eWallet, anda boleh rujuk video di bawah ini:

Kelebihan Aplikasi BSN eWallet

Selain berfungsi sebagai platform pengesahan keselamatan BSNSecure untuk transaksi kad, penggunaan Aplikasi BSN eWallet turut menawarkan pelbagai kemudahan pengurusan kewangan harian kepada pengguna, antaranya:

  • Pengurusan Kad yang Fleksibel: Membolehkan anda menguruskan tetapan dan kawalan kad BSN anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
  • Penebusan Ganjaran: Memudahkan proses semakan dan penebusan mata ganjaran Happy Rewards terus melalui telefon pintar.
  • Ciri Interaktif Eksklusif: Memberi akses kepada pelbagai fungsi dan tawaran interaktif yang disediakan khas untuk pengguna aplikasi.

Aplikasi MyBSN vs BSN eWallet

Aplikasi myBSN digunakan untuk urusan perbankan harian seperti semakan baki, pindahan wang, pembayaran bil, pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP), serta semakan pinjaman atau pembiayaan dan sebagainya.

Manakala, melalui BSN eWallet anda boleh menguruskan kad BSN, mengesahkan transaksi dalam talian melalui BSNSecure, menikmati ganjaran eksklusif, serta mengakses pelbagai promosi dan tawaran istimewa.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim BSN Secure

Untuk panduan pendaftaran, sila layari Pautan Pintas BSN eWallet dan rujuk Soalan Lazim BSN eWallet.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan BSN di +603 2613 1900.

Soalan Lazim

Apakah itu BSNSecure?

BSNSecure ialah ciri keselamatan pengesahan transaksi dalam Aplikasi myBSN Mobile yang menggantikan penggunaan SMS TAC bagi melindungi pelanggan daripada penipuan kewangan. Setiap nombor Kad Pengenalan (NRIC) atau ID hanya boleh dipautkan kepada satu (1) peranti mudah alih pada satu-satu masa.

Adakah perkhidmatan ini dikenakan caj?

Tidak, pendaftaran dan pengaktifan BSNSecure adalah percuma (RM0).

Apakah perubahan yang akan berlaku pada 15 Disember 2026?

Bermula 15 Disember 2026, BSN akan menamatkan penggunaan kod SMS OTP untuk pengesahan transaksi kad dalam talian (e-dagang) dan menggantikannya sepenuhnya dengan BSNSecure (Pengesahan Pelbagai Faktor / MFA) yang tersedia secara eksklusif melalui Aplikasi BSN eWallet.

Apakah perbezaan antara BSNSecure dalam myBSN dengan BSNSecure dalam BSN eWallet?

– BSNSecure (BSN eWallet): Digunakan khusus untuk meluluskan transaksi e-dagang / pembelian kad dalam talian.
– BSNSecure (myBSN Mobile): Digunakan untuk meluluskan transaksi Perbankan Internet myBSN seperti pindahan DuitNow, pembayaran bil JomPAY, simpanan e-SSP, dan pembayaran kad kredit.

Apakah yang akan berlaku jika saya tidak memuat turun BSN eWallet sebelum 15 Disember 2026?

Transaksi pembelian dalam talian menggunakan kad BSN anda akan gagal selepas tarikh tersebut kerana kod SMS OTP tidak lagi dihantar untuk pengesahan e-dagang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved