BTC Kehilangan Nafas Di Paras $70K! Kemanakah Hala Tuju Seterusnya?

Business & FinanceDigital
16 Feb 2026 • 10:23 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

Lonjakan hujung minggu Bitcoin berakhir selepas harga gagal mengekalkan kedudukan di atas $70,000 dan kembali susut ke sekitar $68,000.

Pergerakan ini berlaku selepas BTC melonjak daripada paras terendah 15 bulan pada $60,000 ke paras setinggi $72,000 dalam tempoh singkat, sebelum bergerak mendatar dan akhirnya kehilangan momentum.

Walaupun pembeli sempat mempertahankan penurunan di bawah $66,000 pada minggu lalu. Waima begitu tekanan jualan kembali muncul apabila harga mencecah $70,000, sekali gus menamatkan lonjakan jangka pendek tersebut.

Ethereum turut menghadapi tekanan, gagal mengekalkan paras $2,100 dan kini didagangkan di bawah $2,000. XRP dan Dogecoin antara altcoin utama yang mencatat penurunan ketara dalam tempoh 24 jam.

Beberapa altcoin lain termasuk XMR, ZEC, WLFI dan MNT turut mengalami kerugian harian, manakala token Pi Network ditolak di atas $0.20 sebelum merosot ke sekitar $0.17.

Secara keseluruhan, permodalan pasaran kripto menyusut sekitar $70 bilion dalam sehari, mencerminkan sentimen berhati-hati dalam kalangan pelabur selepas lonjakan hujung minggu gagal berterusan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved