BTC & XRP Masih Terperangkap, Data AS Jadi Tumpuan

Business & Finance
6 Oct 2026 • 11:00 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

BTC & XRP Masih Terperangkap, Data AS Jadi Tumpuan

Bitcoin dan XRP bergerak mendatar pada awal minggu ketika pelabur menilai perkembangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta hala tuju dasar monetari Federal Reserve (Fed).

Bitcoin Kekal Dalam Julat AS$84,000 Hingga AS$88,000

Bitcoin berdepan tekanan selepas data ISM Services PMI AS bagi September turun kepada 54.9 berbanding 55.4 pada bulan sebelumnya, menunjukkan pertumbuhan sektor perkhidmatan sedikit perlahan.

Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin didagangkan pada AS$86,059 positif 0.35% sejak pembukaan sesi Asia pada Selasa.

Namun, tekanan inflasi masih menjadi perhatian apabila indeks Prices Paid meningkat kepada 74 daripada 72.6.

Keadaan ini boleh menyebabkan Fed lebih berhati-hati dalam menentukan hala tuju kadar faedah.

Pasaran kini menantikan minit mesyuarat FOMC dan data CPI AS untuk mendapatkan petunjuk baharu mengenai dasar monetari Fed.

XRP Berdepan Aktiviti Rangkaian Menurun

Bagi XRP, pemulihan harga masih berdepan cabaran apabila aktiviti pada XRP Ledger semakin perlahan.

Ketika artikel ini ditulis, harga XRP didagangkan pada AS$1.5131 positif 0.36% sejak pembukaan sesi Asia pada Selasa.

Jumlah alamat aktif harian kini sekitar 15,000, turun kira-kira 50% daripada paras tertinggi enam bulan sebanyak 30,000.

Pada masa sama, aliran masuk ETF spot XRP masih positif dengan kira-kira AS$5 juta direkodkan minggu lalu.

Walaupun ETF XRP telah mencatatkan aliran masuk positif selama 12 minggu berturut-turut, perkembangan tersebut masih belum berjaya menghasilkan momentum kenaikan yang kukuh.

INTRADAY OUTLOOK

[chart pair=”btcusd” period=”D1″]

Bitcoin berpotensi kekal dalam julat AS$84,000 hingga AS$88,000 selagi tiada penembusan jelas.

Kenaikan melepasi AS$88,000 boleh mengukuhkan momentum, manakala kejatuhan bawah AS$84,000 berisiko meningkatkan tekanan jualan.

[chart pair=”xrpusd” period=”D1″]

XRP masih mempunyai ruang untuk bergerak lebih tinggi jika berjaya menembusi AS$1.60, tetapi aktiviti rangkaian yang semakin perlahan boleh mengehadkan momentum.

Paras AS$1.45 kekal sebagai sokongan penting.


HUSTLE24HOUR kini dibuka!

Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.

👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM  

HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved