“BTOB Hanya Untuk BTOB” – Rebut Hak Trademark Bersama Syarikat, Siapa Layak Terima?

Music
8 Nov 2023 • 1:41 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Mana boleh orang lain guna nama BTOB kan?

Baru-baru ini, kesemua ahli BTOB iaitu Eun-kwang, Min-hyuk, Chang-sub, Hyun-sik, Peniel dan Sung-jae telah menamatkan kontrak eksklusif mereka bersama Cube Entertainment selepas 11 tahun bersama.

Satu media telah melaporkan bahawa punca kontrak itu ditamatkan ialah kerana rundingan mengenai pembaharuan kontrak gagal. Ianya kerana Cube Entertainment ingin menuntut sebahagian besar daripada jumlah jualan kumpulan tersebut sebagai syarat untuk penyanyi-penyanyi tersebut menggunakan nama BTOB.

image is not available

Pada masa lalu, agensi yang akan diberikan hak untuk memegang trademark nama kumpulan, namun cadangan bagi membenarkan penyanyi yang mencipta nilai nama itu untuk mempunyai hak trademark juga telah disokong oleh ramai pihak terutamanya peminat.

Malah, terdapat beberapa kumpulan K-Pop sebelum ini seperti kumpulan BEAST dan GFRIEND telah hilang hak untuk memegang trademark nama mereka. Terdapat juga kumpulan yang memenangi hak tersebut selepas bertarung selama berbulan dan berbelas tahun.

image is not available

Rata-rata peminat juga amat mengharapkan agar BTOB dapat memenangi hak untuk menggunakan trademark nama BTOB.

Ianya kerana ahli-ahli kumpulan tersebut telah mengharungi pelbagai dugaan serta cabaran dan mereka juga telah banyak berkorban untuk menaikkan serta mengharumkan nama BTOB di industri muzik serta K-Pop di persada dunia.

Semoga BTOB menang dan dapat hak mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.